Powered By Blogger

Wednesday 19 October 2011

Islam Atas Nama

Dengan NAMA Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani

           
              Sesungguhnya umat ISLAM zaman kini hanya sekadar nama sahaja.. Apabila kenyataan ini dikeluarkan.. maka ramai yang mengatakan pengeluar kenyataan ini tak betul.. munafik dan sebagainya.. Namun adakah para 'pengkritik' ini sedar akan maksud disebalik kenyataan itu?? Cuba kita renungkan kebenaran kenyataan ini.. berapa ramai yang fasih bercakap mengenai ISLAM, menerbitkan hadis2 dan ayat2 hukama' di FACEBOOK tetapi apabila berkumandangnya azan mereka langsung tidak menghadirkan diri ke masjid.. mereka gah bercakap mengenai isu palestin tetapi apabila berada di luar, mereka keluar dengan berseluar pendek.. di tangannya pula terdapat rokok.. bagi wanita pula tidak menjaga aurat mereka dengan sempurna dan terikut-ikut dengan fesyen zaman kita yang sebenarnya propaganda para musyrikin?? Para pembaca sekalian.. berapa ramai golongan ini berada di sekeliling kita???

               Inilah yang dikatakan wahai saudaraku ISLAM mereka hanya sekadar nama sahaja.. Sedarkah kita bahawa ISLAM itu bukan hanya sekadar berkata2 sahaja tetapi perlu dizahirkan melalui perbuatan kita?? Penulis ingin mengemukakan satu persoalan.. Semasa kita belajar Pendidikan Islam@Pendidikan al-Quran & as-Sunnah@Pendidikan Syariah Islamiyyah, apakah definisi iman??? Maka dengan spontan kita akan menjawab "pengakuan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan dizahirkan melalui anggota badan".. Jadi, dimana frasa dizahirkan melalui anggota badan?? Sahabat2, pembaca2.. ISLAM itu bukan sekadar teori... tetapi juga praktikal... Maka benarlah kenyataan bahawa umat ISLAM sekarang hanya sekadar nama sahaja.. Jika tidak.. masakan tentera2 yahudi tidak boleh dikalahkan oleh umat ISLAM satu dunia yang mana nisbah seorang yahudi bersamaan 100 org ISLAM..

               Perlulah kita sedar bahawa kita perlu kembali kepada ISLAM yang sebenar.. ISLAM yang praktikal yang mana perlu kita zahirkan dlam kehiduan seharian kita... "Macam la bagus sangat kau ni.. Kau pun sama jugak apa..." Pembaca2.. Penulis sekadar memperingati antara satu sama lain dan juga peringatan kepada penulis sendiri.. Bukalah dada.. buka minda.. buka mata.. buka hati.. sama2 kita kembali kepada ISLAM yang nyata.. Mudahan2.. ISLAM akan menjadi pemimpin kepada seluruh dunia InsyaAllah.. Sesungguhnya yang baik datang daripada DIA YANG KHALIQ... yang lemah itu datang daripada penulis.. Harap jika ada kesilapan dalam penulisan penulis, TOLONG TEGUR penulis...

Wassalam..