Powered By Blogger

Tuesday 27 December 2011


Bismillahirrahmanirrahim.. InsyaAllah.. kali ini penulis nak berkongsi sebuah lagu yang bertajuk Ahlan Bina yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid terkenal Far East dalam album mereka Halawtun Iman yang bermaksud kemanisan iman.. 






Ahlan Bina

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


أَهْلاً بِنَا


أَهْلاً بِنَا بِتَةِ البِلاَدِ وَمَرْهَباً
جَدَدْتُمُ الْعَهْدِ الَّذِي قَدْ أَخْلَقَى
لاَ تَيْئَسُوا أَنْ تَسْتَرِدُّو مَجْدَكُمْ 
فَلاَ رُبَّ مَغْلُبٍ هَوَاء ثُمَّ ارْتَقَى



مَدَدْ لَهُ الأَمَّالُ فِي أَفْلَكِهَا
خَيطُ الرَّجَاءِ إِلَى الْعُلاَ فَتَسَلَّقَا
فَتَجَسَّمُوا لِلْمَجْدِ كُلِّ عَظِيمَةٍ 
إِنِّيْ رَأَيْتُ الْمَجْدُ صَعْبَ المُرْتَقَى



أَهْلاً بِنَا بِتَةِ البِلاَدِ وَمَرْهَباً
جَدَدْتُمُ الْعَهْدِ الَّذِي قَدْ أَخْلَقَى
لاَ تَيْئَسُوا أَنْ تَسْتَرِدُّو مَجْدَكُمْ 
فَلاَ رُبَّ مَغْلُبٍ هَوَاء ثُمَّ ارْتَقَى



يَا رَسُولَ الله، يَا حَبِيبَ الله، x4



شَامَائِلُهُ مَعَ النَّسِيمِ الصِّبَى
بِأَلْطَفَ مِنْهَا وَزَهْرِ الرِّبَى
كَسَابَ المَحَامِدَ مُنْذُ الصِّبَى
وَعَارَّهُ مِنْ عَارٍ كُلِّ الْمَزَام



يَا رَسُولَ الله، يَا حَبِيبَ الله، x4



InsyaAllah sama2 kita hayati lagu ini.. walaupun dah lama albumnya dikeluarkan.. Tp bait2nya sgt indah.. ^_^ InsyaAllah xjemu mendengar... Tafaddhal2.. =)

Wassalam.. Jazakumullahi Khairan Kathira..

Wednesday 19 October 2011

Islam Atas Nama

Dengan NAMA Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani

           
              Sesungguhnya umat ISLAM zaman kini hanya sekadar nama sahaja.. Apabila kenyataan ini dikeluarkan.. maka ramai yang mengatakan pengeluar kenyataan ini tak betul.. munafik dan sebagainya.. Namun adakah para 'pengkritik' ini sedar akan maksud disebalik kenyataan itu?? Cuba kita renungkan kebenaran kenyataan ini.. berapa ramai yang fasih bercakap mengenai ISLAM, menerbitkan hadis2 dan ayat2 hukama' di FACEBOOK tetapi apabila berkumandangnya azan mereka langsung tidak menghadirkan diri ke masjid.. mereka gah bercakap mengenai isu palestin tetapi apabila berada di luar, mereka keluar dengan berseluar pendek.. di tangannya pula terdapat rokok.. bagi wanita pula tidak menjaga aurat mereka dengan sempurna dan terikut-ikut dengan fesyen zaman kita yang sebenarnya propaganda para musyrikin?? Para pembaca sekalian.. berapa ramai golongan ini berada di sekeliling kita???

               Inilah yang dikatakan wahai saudaraku ISLAM mereka hanya sekadar nama sahaja.. Sedarkah kita bahawa ISLAM itu bukan hanya sekadar berkata2 sahaja tetapi perlu dizahirkan melalui perbuatan kita?? Penulis ingin mengemukakan satu persoalan.. Semasa kita belajar Pendidikan Islam@Pendidikan al-Quran & as-Sunnah@Pendidikan Syariah Islamiyyah, apakah definisi iman??? Maka dengan spontan kita akan menjawab "pengakuan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan dizahirkan melalui anggota badan".. Jadi, dimana frasa dizahirkan melalui anggota badan?? Sahabat2, pembaca2.. ISLAM itu bukan sekadar teori... tetapi juga praktikal... Maka benarlah kenyataan bahawa umat ISLAM sekarang hanya sekadar nama sahaja.. Jika tidak.. masakan tentera2 yahudi tidak boleh dikalahkan oleh umat ISLAM satu dunia yang mana nisbah seorang yahudi bersamaan 100 org ISLAM..

               Perlulah kita sedar bahawa kita perlu kembali kepada ISLAM yang sebenar.. ISLAM yang praktikal yang mana perlu kita zahirkan dlam kehiduan seharian kita... "Macam la bagus sangat kau ni.. Kau pun sama jugak apa..." Pembaca2.. Penulis sekadar memperingati antara satu sama lain dan juga peringatan kepada penulis sendiri.. Bukalah dada.. buka minda.. buka mata.. buka hati.. sama2 kita kembali kepada ISLAM yang nyata.. Mudahan2.. ISLAM akan menjadi pemimpin kepada seluruh dunia InsyaAllah.. Sesungguhnya yang baik datang daripada DIA YANG KHALIQ... yang lemah itu datang daripada penulis.. Harap jika ada kesilapan dalam penulisan penulis, TOLONG TEGUR penulis...

Wassalam..

Thursday 25 August 2011

Ramadhan di rantau..



                  Ramadhan di UNIMAS memberi pengalaman baru kepada penulis apatah lagi berada di negeri orang.. Alhamdulillah.. Selesai sudah ramadhan di UNIMAS sebagai pelajar asasi... InsyaAllah.. Moga Allah panjangkan umur kita sehingga Ramadhan seterusnya.. Amin.. Sehubungan dengan itu.. Penulis ingin memohon maaf seandainya diri ini telah menyakitkan hati mana2 pihak.. Tersalah memberi fakta dan sebagaimya.. Selamat menyambut 'Eidul Fitri~ (^_^)

Wassalam...






Saturday 13 August 2011

Muhasabah Diri


Bismillahirrahmanirrahim

             Baru tadi penulis mendengar lagu ni di telefon bimbit.. Termenung seketika.. Mula2 terbayang nak buat muhasabah dengan adik2 di sekolah.. Sedang asyik mendengar lagu ini.. Tiba2 mengalir air mata penulis.. Dengan iramanya yang syahdu.. Terkenang akan penulis dosa2 yang lalu... Insaf.. Mungkin itu perkataan yang sesuai.. Penulis ingin mengajak para pembaca bersama bermuhasabah diri kita masing2..

  1. Berapa banyak dosa kita kepada Allah S.W.T?
  2. Berapa kali kita zalim terhadap diri sendiri dengan tidak menunaikan kewajipan kita sebagai Muslim?
  3. Berapa banyak dosa kita terhadap kedua ibu bapa kita?
  4. Berapa banyak dosa kita terhadap Allahyarham ibu bapa kita(bagi yang sudah tiada ibu@bapa@kedua2nya)
  5. Berapa banyak dosa kita terhadap ahli keluarga kita?
  6. Berapa banyak dosa kita terhadap sahabat2 & kawan2 kita?
  7. Berapa banyak dosa kita dengan guru2 kita, pensyarah2 kita?
  8. Berapa banyak dosa kita terhadap suami kita?
  9. Berapa banyak dosa kita dengan isteri2 kita?
  10. Adakah kita zalim terhadap makhluk2 Allah yang lain?
  11. Kewajipan kita? solat? Puasa? zakat? sedekah?
  12. Mulut kita??
Dan banyak lagi... InsyaAllah.. sama2 kita renungkan..

Wallahualam..

Sunday 31 July 2011

Ramadhan is here.


Ramadhan is Here


[Chorus]
Ramadan is Here (4x)
Yo they sighted the moon, its Ramadan! Now I gotta plan, before it's come and gone
Getting close to Allah, spend a lot of time. Check the condition of my heart, like a sonogram
Uh… Everybody knows that we gotta fast. But does everybody know how the time is passed?
Is it sleeping all day and the night's a blast? And forgetting the reward of the month is vast?
I know you gonna wake-up, right. Drinking water maybe bean-pie, praying at sunrise....
Fast in the day, keeping that deen tight. Breaking fast with some dates, taraweeh at night
Alright... it’s a blessed month. It doesn’t mean at iftar, that you can’t have fun,
But strive in your heart, for your Lord the one… And be blessed by Allah, when the month is done.
[Chorus]
Four minutes left, Mom busts in the door, like… Get yourself up, you about to miss Suhur
Turkey bacon on the plate but I’m beefing. I'm up here sleeping, when they’re down here eating.
Scenes like this, it makes me reminisce what it meant growing up with Ramadan as a kid.
My homie's buying up the corner store. Now or later, quarter waters,
We break at eight but its quarter to four.
They got jokes, like oh yeah he’s fasting. Something about blessings, heaven everlasting
Asking like the Feds up on me, “But dude, let me ask you for real, is you hungry?”
A hunger for the day when the sins on my slate be as empty as the food on my plate.
And if you got jokes, man here is a taste. Take a little fasters breath to the face.
[Chorus]
Ramadan vibrations, more donations. Dinner invitations, many supplications
Good behavior means better reputations. Don’t start nothing, no provocations
No fighting no argumentation. From the fitna and the drama, take a vacation
Mosque is packed with a huge congregation. Some just come as an annual visitation
Some just come for the hum of the recitation. Memorization of revelation,
Less temptation, with more contemplation. Getting ready for the Eid celebration
Shake a lot of hands giving salutations, Salaam Alaykums, peace upon the nation
The world is one, forget the segregation. Another Ramadan congratulations!!

Saturday 30 July 2011

Ramadhan kembali lagi!!!!

Bismillahirrahmanirrahim

          Alhamdulillah.. Ramadhan bakal kembali lagi.. Bulan yang penuh berkat.. Bulan dimana manusia berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan.. Bulan tarbiyyah untuk melakukan segala amal soleh yang mampu dibuat.. Tadarus al-Quran, Sunat Tarawih, bersedekah dan sebagainya.. Bercakap mengenai Ramadhan.. Teringat penulis pengalaman berpuasa semasa zaman kanak-kanak.. Berada dalam bilik air.. Curi-curi minum air paip.. (kantoii!!!!) Puasa setengah hari.. Minum air water cooler time solat Jumaat..(xingat time 2 puasa).. Bermacam2 kisah yang bila dikenang membuat penulis tersenyum.. Penulis pasti, setiap individu yang membaca entri penulis mempunyai pengalaman yang sama.. (harap2 la)..


           Kemudian masuk pula ke alam sekolah menengah.. Ditarbiyyah untuk mengerjakan amalan dengan sebaiknya.. Berlumba-lumba bersama rakan untuk menghabiskan satu naskah al-Quran.. Berbuka bersama-sama di surau dan di luar kawasan sekolah.. Menjual makanan kepada pelajar yang lain.. Satu pengalaman yang cukup indah sebagai seorang hamba Allah di muka bumi-Nya..


            Sempena bulan Ramadhan tahun 2011 masihi@1432 hijri.. Penulis ingin mengajak pembaca-pembaca bersama-sama kita menggandakan amalan kita... Kerana kita tidak pasti sama ada kita masih hidup pada tahun akan datang dan dapat menikmati bulan Ramadhan sekali lagi.. Rasulullah S.A.W selalu berdoa maksudnya"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban. Dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan" Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah... Jadi, sama-samalah kita memperingatkan sahabat-sahabat kita yang lain untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh kepada Maha Pencipta... Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah menahan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa yang lain. InsyaAllah.. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan menjadi madrasah tarbiyyah buat kita umat Islam.. Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN MUBARAK!!! (^_^)

Wassalam


Sunday 17 July 2011

Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Berlalu sudah satu hari didalam bulan Sya'ban tahun hijri yakni Nisfu Sya'ban. Namun, pelbagai persoalan timbul dalam menempuh tarikh ini.. "Mengapa perlu baca Yaasin 3 kali??'" "Boleh x kita puasa selepas hari Nisfu Sya'ban?" Penulis bukanlah seorang yang berilmu tinggi dalam agama.. Tapi penulis belajar agama.. Berdasarkan pengetahuan penulis.. Tidak ada bacaan khusus untuk malam Nisfu Sya'ban... Jadi bidaah la baca yaasiin malam Nisfu Sya'ban?? Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu terutamanya mengamalkan bacaan yaasiin pada malam Nisfu Sya'ban.. Persoalannya bolehkah?? Jawapannya. Boleh... Tapi dengan syarat kita tidak meletakkan bacaan yaasiin itu sebagai kewajipan setiap Nisfu Sya'ban.. Samalah keadaannya bacaan yaasin pada malam Jumaat.. Tidak semestinya kita membaca surah Yaasiin.. Dalam hadis nabi S.A.W juga menyebut kita boleh membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat.. Persoalan kedua pula timbul.. Mengapa ada niat khusus?? Sebenarnya.. doa pada malam Nisfu Sya'ban adalah mustjab.. Kerana itu para ulama' meletakkan niat2 tertentu agar doa kita dimakbulkan Allah S.W.T.. Keduanya.. boleh x puasa selepas Nisfu Sya'ban?? Dalam hadis Rasulullah S.A.W. mafhumnya "Tidak ada puasa selepas hari Nisfu Sya'ban" Jadi xboleh la puasa sunat?? Boleh.. ada syaratnya.. Dalam kitab fekah mazhab Syafie... ada hadis yang menyebut boleh berpuasa selepas Nisfu Sya'ban.. Syaratnya.. individu 2 istiqamah dalam berpuasa sunat & dia berpuasa ganti... Konklusinya di sini... Xsalah kita nak berpuasa selepas Nisfu Sya'ban jika kita sudah terbiasa dengan mengamalkan puasa sunat isnin & khamis atau puasa pada 13,14 dan 15 hb setiap bulan... InsyaAllah.. Jika dipanjangkan umur.. Kita akan memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak yang mana manusia akan berlumba2 dalam mengerjakan kebaikan.. Jadi penulis menyeru kepada pembaca2 sekalian.. Ikhlaskan diri dalam beramal... Berpuasalah seperti mana kita diajar berpuasa.. Mudah untuk menahan lapar.. Tetapi sukar untuk menahan hawa nafsu kita daripada melihat @ mendengar perkara2 maksiat.. Semoga Ramadhan kali ini pernuh bermakna bagi kita dan akan dirindui selepas tibanya Syawal..

Wallahualam..

p/s: hadis2 y penulis kemukakan tidak sama seratus peratus dengan hadis asal.. maaf jika apa yang disampaikan bercanggah dan tegurlah penulis jika apa yang disampaikan salah.. Jazakallahu Khairan Kathira.. (^_^)



Sunday 10 July 2011

Pernahkah kita...??

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. Assalamualaikum. :)

Pernah tak (nak) nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?(yang pakai ketat2 pun termasuk sekali) Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. Ye la tu.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.

Hanya sekadar renungan....

Petikan diatas dari solihinzubir.com

Credit to Muhamad Hasif Mansor =)

Friday 1 July 2011

PENGALAMAN BARU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH.. SEBULAN MENERUSKAN PENGAJIAN DI UNIMAS.. BANYAK PENGALAMAN YANG PENULIS DAPAT.. CULTURE SHOCK PERKARA BIASA.. DARIPADA HIDUP DALAM SUASANA ISLAMIK.. KEDALAM SUASANA MASYARAKAT YANG SANGAT SOSIAL... TAPI ALHAMDULILLAH.. MASIH ADA YANG MENERUSKAN PERJUANGAN DAKWAH DAN TERDAPAT AKTIVITI ISLAMIK.. CUMA MASALAHNYA.. ADA PIHAK NGO LUAR YANG INGIN MENERAPKAN SIFAT JEMAAH.. NAUZUBILLAH.. PENULIS TIDAK SUKA HIDUP DALAM JEMAAH.. BIARLAH MENYAMPAIKAN DAKWAH TANPA SIFAT ASSABIAH.. NAMUN PENULIS MASIH BERJINAK2 DENGAN AKTIVITI DAKWAH DISINI.. INSYAALLAH.. ISLAM AKAN TERTEGAK DI BUMI KENYALANG.. STUDY?? ARGH!!! SUSAH LA JUGAK.. TAPI YANG PALING BEST MATHEMATICS!!!! HAHA.. NAK BUAT MACAM MANA.. SUBJEK FAV PENULIS.. BIO MEMANG MINAT.. TAPI MENURUT PENSYARAH.. KAMI AKAN BELAJAR SYLLABUS BUDAK DEGREE TAHUN 3.. WOW!! (@_@) HABISLAH.. TAPI XPA... MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH INSYAALLAH... SUSAH MACAM MANA MESTI STUDY JUGAK... INSYAALLAH PENGALAMAN PENULIS DI UNIMAS AKAN BERSAMBUNG SELEPAS INI..

WASSAALAM (^_^)

Friday 20 May 2011

Permulaan Hidup Baru

Bismillahirrahamanirrahim

InsyaAllah.. lepas ni aku akan sambung mengaji dekat Universiti Malaysia Sarawak.. Bila aku jumpak ja kawan2 ayah aku.. Habaq(beritahu) nak sambung mengaji dekat UNIMAS mesti depa(mereka) kata naik belon la.. Sampai sekarang aku tak faham. Mungkin bahasa Sarawak kot.. Lepas ni kena belajar bahasa depa pulak.. aduss!!! Anyway.. InsyaAllah ini akan jadi permulaan hidup baru aku selepas tamat sekolah menengah... Nah.. aku tatapkan kt hampa(anda) pemandangan sekolah aku..

Blok sekolah


Gelanggang bola keranjang


Cantik kan?? haha.. Banyak kenangan aku kat sini.. 5 tahun.. rasa kejap ja.. Lepas ni... Aku akan fly ke oversea... SARAWAK.. macam mana la nak hidup dekat sana.. Adoyai... Dengar kata makanan depa manis2.. Nah!! Memang betul pun.. Tadi makan sikit kek lapis Sarawak yang kawan mak aku bagi.. Ya Allah.. boleh kena kencing manis aku.. haha.. Tak mau la... sikit jugak aku tulis.. hehe.. Baru nak berjinak2.. InsyaAllah aku akan apply apa yang aku belajar kat bumi SBPIKP... Bak pepatah arab.. "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah" So.. kena la amal.. Yang tu la nak tolong kat kubur nanti.. huhu... Ok lah.. Sekian daripada penulis..

Wassalamullahialaikum..