Friday, 6 July 2012

Festival Nasyid Kebangsaan 2012-Kelantan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

          Pada 24-28 Jun yang lalu, penulis berada di Festival Nasyid Kebangsaan kali ke-8 yang bertempat di Auditorium Kebudayaan di Pengkalan Chepa, Kelantan(sebenarnya xpasti kat mana). Penulis mengiringi pasukan Khairan yang mewakili negeri Kedah Darul Aman. Sedikit sebanyak penulis nak berkongsi pengalaman dengan semua pembaca.


Kami satu guru, satu perjuangan, satu tujuan.

                   Bertolak daripada Kedah pada jam 8.30 setelah mengambil adik-adik Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang di Baling. Perjalanan mengambil masa dalam 8jam untuk sampai ke Resort Pantai Cahaya Bulan. 



Ahli Khairan serta jurulatih sedang enak dibuai mimpi.. hehe

                        Setelah check in di resort, kami bersiap2 untuk Majlis Perasmian Festival Nasyid Kebangsaan. Semasa majlis perasmian, kami dapat melihat beberapa pasukan negeri lain yang sampai.. Penulis sendiri pun tercari-cari pasukan yang digeruni semua orang iaitu Izdan..  Takpa.. tak penting pon.. Di penghujung majlis perasmian ada persembahan lagu Lau Kana Bainana.. Subhanallah.. Sebijik macam yang asal.. Dengar kata, yang menyanyi 2 qari... Lagilah penulis kagum. Kemudian semasa perjalanan balik, adik-adik Khairan cakap depa termakan 'saiko' Izdan lepas beramah mesra dengan depa.. Pening kepala pulak kami ni.. Sampai di resort, jurulatih kami Ustaz Fitri memberi kata2 semangat kat depa ni.. Alhamdulillah semua bersemangat balik.. Kemudiannya kami terus tidur sebab terlalu letih.



Banner Festival Nasyid Sekolah2 KPM






Guru2 kontinjen Kedah


Persembahan Lau Kana Bainana


            
                   Pada hari kedua, sesi test mic diadakan pada waktu pagi dan pertandingan bagi kategori sekolah rendah dimulakan pada petangnya dan disambung pada malamnya pula. Kami hanya menonton pasukan Az-Zahra' yang mewakili Perlis dan An-Nur yang mewakili Kedah. Adik-adik Khairan mengadakan latihan terakhir pada malam tersebut di bilik Ustaz Fitri sebelum tidur.

                    Hari yang dinanti-nantikan tiba. Penulis bertanggungjawab untuk merakam beberapa kumpulan target agar analisis dapat dilakukan. Akhirnya, tiba giliran Khairan untuk persembahan mereka. Mereka melakukan persembahan yang terbaik. Namun, terdapat beberapa masalah teknikan yang berlaku. Pada waktuKemudian kami pilang ke resort dan ke tepi pantai untuk bermain wau yang kami beli dan terjadilah beberapa peristiwa yang menarik... Antaranya tali wau terputus dan wau terbang ke atas pokok sehingga ada yang sanggup memanjatnya. Terlupa mengikat tali wau hingga wau jatuh ke dalam laut.. Memang menyeronokkan untuk melupakan segala kesilapan yang terjadi pada persembahan pagi tersebut.



Kumpulan Az-Zahra'


Kumpulan An-Nur



Khairan


Muka penuh debaran


Mengharap yang terbaik


                    Hari terakhir berada di situ, kami berada sekali lagi di auditorium untuk mendengar keputusan pertandingan. Bagi kategori sekolah rendah, alhamdulillah, pasukan Az-Zahra; muncul juara serta merangkul Lirik Terbaik dan Lagu Terbaik dan pasukan An-Nur mendapat tempat ketiga kali ini. Bagi kategori sekolah menengah, tahniah diucapkan kepada Izdan yang berjaya mendapat kembali kejuaraan mereka dan Khairan hanya berjaya mendapat anugerah Lirik Terbaik. Walau bagaimanapun, Khairan pulang dengan perasaan redha dan mengharap mesej2 yang terdapat didalam lagu2 yang dibawakan terkesan di hati pendengar.





Saat penantian






Hadiah yang diberi




Wallahualam.. Sekian sahaja daripada penulis.. wassalam.. (^_^)


Wednesday, 16 May 2012

Memoir Kita Bersama

Bismillahirrahmanirrahim.

            Assalamualaikum.. Rasanya, sudah lama penulis tidak ber'blogging'(istilah sendiri).. Jadi, insyaAllah.. Kali ini, penulis nak berkongsi pengalaman penulis ketika penulis masih lagi bergelar pelajar asasi UNIMAS..  Penulis ingin membawa satu kisah cinta, yang sangat digalakkan dalam Islam.. Cinta Sahabat... Penulis sajikan, video yang tak seberapa ini.. (^_^)








Penulis memohon maaf jikalau video ini ada mengguris hati sahabat2... Semoga sahabat2 dirahmati Allah... Uhibbukum fillah...

Wassalam.. (^_^)

Sunday, 26 February 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 5(akhir)




*             *             *             *             *             *             *             *             *             *             *            

                Setelah tiga bulan bibit percintaan Nafis dan Nur, tiba satu kejadian yang tidak diingini Nafis. Pada suatu hari, setelah Nafis pulang daripada Festival Nasyid Negeri Kedah, Nafis ke kelas untuk mengambil buku dan memeriksa kerja-kerja yang diberi guru-gurunya. Sedang dia mengemas buku-buku dalam laci mejanya, tiba-tiba satu surat terjatuh ke atas lantai. Terdapat juga beberapa barang yang Nafis sangat kenali. Hadiah-hadiah yang diberi kepada Nur. Nafis takut hendak membuka surat itu. Dia mengambil keputusan untuk membukanya sambil menunggu rakan-rakannya di dalam bilik latihan.

Assalamualaikum SAHABATku Nafis,

                Jangan terkejut dengan surat Nur ini. Macam mana pertandingan nasyid tadi? InsyaAllah mendapat kejayaan. Nafis, Nur nak bagi balik semua barang-barang yang Nafis bagi dekat Nur selama kita ‘bercinta’. Boleh Nur mintak sesuatu?? Nur dah tak nak COUPLE. Nur nak kita berkawan sahaja. Tak lebih daripada itu. Sebab Nur mintak macam ni, Nur dah sedar kesalahan kita. Sejak kita COUPLE, hati Nur rasa tak senang. Bila akak dorm Nur tahu, dia suka peril Nur. Nur tahu dia nak tegur Nur dan Nur sedar apa yang dia cakap tu betul. Minggu lepas usrah pasal isu COUPLE kan? Mesti Nafis dah sedar kesalahan kita kan? Nafis, Nur mintak maaf sangat. Nur rasa Nur la punca kita jadi macam ni. Maafkan Nur. Nur mintak jangan bersedih. Kita masih KAWAN. Kalau benar Nafis ada hati dekat Nur, sampai waktunya, masukla meminang. La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Cinta Allah itu lebih kekal daripada cinta sesame insan Nafis.

Wassalamullahialaikum.

                                                                                                                                                                            Nur
               
               
Terduduk Nafis gara-gara surat itu. Terasa panas di pipi. Air mata mengalir laju. Jiwanya tersentap dengan ayat-ayat Nur. Dia sedar dia telah melalaikan Nur. Dia sedar IBLIS berjaya menghasutnya. Tiada lagi perasaan lain melainkan keinsafan dan penyesalan di hati. Hatinya berjaya diketuk juga setelah pelbagai cara yang dilakukan oleh sahabat-sahabatnya.


*             *             *             *             *             *             *             *             *             *             *       
     

                Kelihatan Nafis berteleku di atas sejadah. Pandangannya merenung jauh.  Syafiq duduk di sebelah Nafis. Nafis mengukir senyuman hambar. Terasa bersalah kerana menipu sahabat baiknya itu. Sahabat yang paling disayangi dikhianati. Syafiq membalas senyuman Nafis.

“Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin kali ini Allah nak uji kau dengan kesenangan setelah kesusahan yang kau alami sebelum ini. InsyaAllah, mungkin apa yang kau alami akan dijadikan satu pengalaman yang paling bermakna dalam berdakwah. Semoga Allah permudahkan,” hujah yang ringkas tapi berjaya menyentuh hati Nafis.

“Semoga Allah golongkan kau dalam golongan yang baik Syafiq,”sahut Nafis.

“InsyaAllah kita akan bersama,” Nafis tersenyum.

Di dalam hatinya, Nafis selalu berdoa, agar cinta yang dicari-cari selama ini iaitu cinta Allah dan Rasul-Nya berjaya dihayati dan disemai jauh ke dalam lubuk hatinya, apatah lagi cinta kepada seorang sahabat. Pengajaran yang paling penting Nafis ketahui, BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT. Dia 
berazam akan menggunakan pepatah itu sebagai prinsip dalam hidup.

Wallahualam.



-TAMAT-


-farabi93-




Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah cerpen Berkata Benar Walaupun Pahit telah siap. Penulis dengan ini memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati. Diri ini hanya untuk berkongsi ilmu yang ada. Jika ada kekurangan saya memohon maaf. Buat terakhir kali, saya ingin mengatakan bahawa kadang-kadang manusia sering melakukan kesilapan. Apatah lagi kita sebagai umat Islam. Namun, perkara yang paling penting saya hendak katakan, kita sudah mengakui kewujudan Tuhan Maha Pencipta serta Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil segala larangan dan suruhan-Nya secara kesuluruhannya bukan sekadar juz an(sebahagian). Segala yang baik datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk datang daripada diri saya sendiri.

Wallahualam  ^_^

Monday, 23 January 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 4




*              *              *              *              *              *              *              *              *              *
             
   Ketika satu kelas Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Nafis diminta untuk membentangkan tajuk mengenai Ukhuwwah Islamiyyah.


“Firman Allah S.W.T; Wahai manusia, sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu saling mengenali. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti.”
                                                                                                                                                                                    [49:13]

                Seusai pembentangan, Ustazah Ziana meminta Nafis berdiri di depan dan membuka ruang untuk sesiapa yang ingin bertanya mengenai tajuk yang dibentangkan. Ismail mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan.

“Dalam firman Allah tadi, Allah berfirman “Kami ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenali” kan? Soalan saya, boleh kah seorang laki-laki tu, berkenalan dengan seorang perempuan tanpa ada tujuan.
Nafis merasakan hatinya tersentap dengan soalan Ismail.

“Erm.. Baik, bagi saya, tak salah untuk berkenalan dengan seorang perempuan untuk tambahkan kenalan,” jawab Nafis ringkas.

                Sebelum Nafis duduk, Nafis ternampak Nur tertunduk. Wajahnya kelihatan sugul. Nafis berasa hairan. Dia dapat mengagak ianya kerana soalan Ismail tadi. Syafiq tersenyum kepada Nafis. Nafis membalasnya dengan senyuman yang hambar. Sepanjang kelas Nafis terdiam. Selepas loceng berbunyi yang menandakan tamat waktu persekolahan, Nafis terus beredar walaupun rakan-rakannya memanggil.

                Nafis duduk di penjuru surau sambil membaca al-Quran. Hatinya berasa sangat gelisah selepas dia menjawab soalan Ismail. Dia merasakan dia diperbodohkan. Usai solat Zohor, Syafiq menghampiri Nafis.

“Tadi kenapa laju sangat keluar kelas? Aku dengan Mahfuz panggil pun tak sedar. Ada masalah ka?”soal Nafis.

“Tak tahu la Syafiq, hati aku rasa lain. Rasa gelisah, bersalah, semua ada.”

“Ni mesti pasal soalan Ismail tadi kan?” Syafiq dapat mengagak masalah yang dihadapi Nafis. Nafis hanya mengangguk perlahan.

“Setiap orang melakukan kesilapan Nafis.. Jawapan kau tadi pun betol.. Tak salah pun.. Cuma perkenalan itu perlu ada batasnya. Dah, tak payah sedih-sedih. Jom pergi ke Dewan Makan. Perut aku pun dah menyanyi ni,” Syafiq berjenaka untuk menyedapkan hati Nafis. Nafis hanya mampu tersenyum.


*              *              *              *              *              *              *              *              *              *             

                Selepas solat Maghrib, BADAR sekolah mengadakan usrah. Setiap pelajar wajib menyertainya. Seperti biasa, Nafis akan bergabung dengan usrah Muhammad. Tapi pada kali ini, Nafis haya berdiam diri kerana tajuk yang dibincangkan adalah isu COUPLE. Setelah selesai membaca Ummul Kitab, Muhammad memulakan bicara.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat kita berkumpul dalam usrah kali ini dengan tajuk yang sangat menarik iaitu; COUPLE. Ada sesiapa di sini dah ada girlfriend???” Semua ahli usrah ketawa dengan soalan itu. Setelah didefinisikan apa maksud COUPLE, Muhammad menunjukkan satu persamaan.

“Ok, jom tengok equation ni. Tadi abang ada menyebut satu potongan ayat yang mengatakan menghampiri zina tu haramkan? Ha, sini ada satu persamaan mengenai COUPLE”

“Menghampiri zina=HARAM”

“COUPLE=Menghampiri zina”

“COUPLE=HARAM”

“Betol tak equation ni?” soal Muhammad.

“Betol!!!” jawab adik-adik usrah.

Nafis merasakan sangat terpukul. Dia tahu dia sekarang sedang menghadapi satu perkara yang BENAR TAPI PAHIT UNTUK DITELAN. Selepas selesai usrah, mereka bersurai.
               
InsyaAllah bersambung.. ^_^                
                

Thursday, 12 January 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 3


Sekolah penggal bermula. Nafis dan Nur secara senyap-senyap membawatelefon bimbit ke sekolah agar mudah untuk mereka berhubung nanti. Pada suatu malam, Nafis menceritakan segala-galanya mengenai hubungannya dengan Nur kepada Syafiq. Syafiq hanya tersenyum.

“Aku tak tau nak cakap apa Nafis. Just aku nak nasihat satu ja, jangan la melampaui batas ok?? Dan kalau boleh, jangan nampak sangat,” nasihat Syafiq.

Sebenarnya di dalam hati Syafiq, dia ingin melarang hubungan Nafis dan Nur, tetapi dia tahu, Nafis seorang yang mudah terasa. Baginya, Nafis perlu dinasihati secara perlahan-lahan.

                Perhubungan Nafis dan Nur tidak diketahui oleh sesiapa pun oleh kawan-kawan yang lain kecuali Syafiq dan kawan baik Nur, Atikah. Mereka saling berutus surat jika masing-masing kehabisan kredit. Bertukar-tukar mesej yang berupa nasihat. Nafis sering memberi hadiah kepada Nur, begitu juga Nur. Suatu hari, Nur menyertai pertandingan bahas Bahasa Inggeris. Ketika dia di sana, Nafis selalu memberi nasihat agar Nur menjaga keselamatan dirinya serta solat. Nur merasakan dirinya sangat disayangi akan tetapi hatinya berasa sesuatu yang aneh.

“Nafis, Nur pernah dengar dalam satu ceramah tau.. COUPLE ni HARAM.. Betol ke?? Naqibah Nur pun cakap macam tu..”

“Erm.. Nafis pun pernah dengar jugak kata COUPLE ni boleh asalkan batasan itu dijaga.”

“Owh.. ok.. =)”

Jawapan yang muncul daripada Nafis adalah hasil daripada hasutan Iblis. Maka, melonjak gembira lah konco-konco Iblis Laknatullah.

                Seminggu Nur berada di sana. Terdetik hati Nafis untuk menelefon Nur. Lalu Nafis meinta izin daripada Nur untuk menelefonnya.

Nur.. Nafis nak call Nur boleh tak??”

“Eh?? Nak buat apa??”

“Saja ja… =)”

“Erm.. okeh..=D”

Lalu Nafis segera menelefon Nur. Mereka berborak mengenai pengalam Nur di sana. Satu ketika, Nur meminta Nafis untuk menyanyi untuknya. Nafis menyanyikan lagu kegemarannya, Nur Syahadah. 
Perancangan Iblis yang ketiga berjaya. Peristiwa itu diceritakan Nafis kepada Syafiq.

“Kau call Nur Nafis???” tanya Syafiq dengan nada yang terkejut bercampur kecewa.

“Ha’ah.. Best!! Suara dia lembut sangat.. Haha.. Kenapa?? Tak boleh ka??”

“Nafis.. Aku nak cakap sesuatu boleh??”

“InsyaAllah boleh.. Apa??”

“Jangan call Nur lagi boleh??”

“Hah?? Kenapa?? Kau jealous ek?? Haha..” Nafis berseloroh.

“Haha.. Nafis, Nafis.. Sempat lagi.. Bukan macam tu.. Kau pun tahu suara perempuan tu aurat kan?”

Shahih, shahih,

“Jadi.. suara Nur tu pun aurat bagi kau..” kata Shafiq sambil tersenyum. Nafis terdiam.

“Ya Allah Shafiq.. Apa aku dah buat??”

“Tak pa.. tak pa.. Janji lepas ni kau tak buat dah.. ok??”

“InsyaAllah” Nafis berjanji.

                Namun apakan daya.. Janji itu hanya bertahan 3 minggu dan Nafis sendiri merahsiakan perbualannya dengan Nur daripada Syafiq.

Bersambung lagi.. ^_^

Tuesday, 10 January 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 2


New text message

To: Nur;01XXXXXXXX

“Assalamualaikum Nur…”

Nafis menunggu sambil membaca buku Biology. Jantungnya berdetup kencang menanti balasan mesej daripada Nur.

:: 1 new message  from Nur::

Nafis berasa lega pesanan ringkasnya dibalas.

“Waalaikumussalam Nafis.. Ye.. ada apa???”

“Erm.. xda apa2 sebenarnya.. Nur sihat??”

“Alhamdulillah sihat… Nafis?? =)”

“Alhamdulillah sihat jugak… =)”

“Ya Allah, kuatkanlah hatiku ya Allah…” doa Nafis. Ketika ini, pelbagai jenis syaitan muncul untuk menghasut Nafis. Segala bisikan syaitan membuahkan hasil sebenarnya.

“Nur…..”

“Ya ada apa???”

“Kalau Nafis cakap ni.. Nur marah x??”

“Buat apa nak marah… Cakapla.. Ada apa??”

“Nafis.. Nafis suka kat Nur… Sejak hari pertama buka sekolah lagi….”

“Haish.. Nafis ni.. Jangan la bergurau…”

“Ya Allah.. secara ikhlasnya Nafis cakap.. Nafis suka kat Nur.. Dan… Sudikah Nur menjadi kekasih Nafis???”

“Apa Nafis mengarut ni.. ya Allah.. Istighfar banyak2 Nafis.. Lagipun.. buat apa kita nak COUPLE???”

“Nafis.. Nafis nak jadikan Nur sumber inspirasi Nafis… Nafis perlu pembakar semangat…”

“Hurm.. perlu ke????”

“Hmm… sebab tu Nafis Tanya Nur…”

Diam seketika….

“Xtau la Nafis… erm.. xpa la Nafis.. Umi Nur panggil.. Salamu’alaykum..”

Perasaan kecewa muncul di hati Nafis kerana Nur masih belum memberi jawapan kepadanya.. Lagipun dia tahu itu hanya alasan Nur. Nafis menyambung bacaanya sambil mendengar lagu Nur Syahadah nyanyian Far East.

*             *             *             *             *             *             *             *             *             *             *             *
                Pada waktu malamnya.. sedang Nafis khusyuk menonton perlawanan bola sepak antara pasukan kegemarannya Muslimeen United menentang pasukan Brotherhood FC, telefon bimbitnya bergetar menandakan pesanan ringkas baru masuk.

“Assalamualaikum Nafis..”

“Waalaikumussalam Nur..”

“Erm… macam mana Nur nak cakap ek?? Erm.. Nafis budak baik.. Selalu bagi tazkirah kat surau.. jadi imam.. Nur rasa xlayak kalau nak berpasangan dengan Nafis… Siapalah Nur.. Kulit pun gelap.. Bukanla baik sangat… hurm.. xtau nak cakap macam mana..”

“Nur.. Nafis xpandang pun segala tu.. Kalau Nur nak tau.. Ciri-ciri isteri Nafis.. Semua ada kat Nur.. Tudung labuh, baik akhlaknya, solehah… Sebab tu Nafis nak Nur…”

“Allahuakabar… erm… bolehka COUPLE ni???”

“Setahu Nafis.. Boleh.. Asalkan semua batasan antara kita dijaga.. Lagipun.. Nafis pun xminat la nak dating2 la apa la… Kita boleh sampaikan peringatan sesama kita… Xmelalaikan pun… kn??”

“Erm… Xpa la.. Nur da mengantuk ni… Salam..

.

.

.

.

.

.

“p/s: Nur sudi Nafis.. =)”

Seolah-olah mendapat satu hadiah yang diidam-idamkan, Nafis tersenyum melihat respon yang positif daripada Nur. Di sebalik senyuman hamba Allah ini, syaitan melonjak kegembiraan kerana rakan-rakannya yang ditugaskan menghasut Nur berjaya.. Bermulalah satu kisah yang akan merubah hidup seorang insan bernama Nafis.

Bersambung.. (^_^)

Monday, 9 January 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
                Di sini, diriku hendak menyampaikan satu kisah, melibatkan seorang hamba Allah, yang bersaksi bahawa Dialah Tuhan Yang Satu, dan Muhammad itu Rasul-Nya, yang hatinya sering diisi didikan rohaniah oleh ibu bapanya sejak kecil hingga besar. Sehingga suatu ketika, dirinya telah berjaya dihasut Iblis yang menjalankan tugas rutinnya untuk menghasut anak-anak Adam agar memutar belitkan pengetahuannya untuk melakukan kemungkaran.

                Nafis(bukan nama sebenar) seorang pelajar yang dikenali sebagai seorang pengawas sekolah yang pendiam kerana sifat malunya terhadap orang lain. Beliau sering menyampaikan tazkirah di surau sekolahnya dan menjadi naqib untuk adik-adiknya. Juga dikenali sebagai seorang penasyid yang amat merdu suaranya dan banyak menyertai pertandingan nasyid bersama rakan-rakan seperjuangan. Nur(bukan nama sebenar) seorang wanita yang peramah orangnya. Disenangi guru-guru serta sahabat-sahabat. Mula menampakkan ciri-ciri seorang muslimah apabila meningkat remaja. Juga seorang pengawas yang disegani.

*             *             *             *             *             *             *             *
                Bermula penggal pertama persekolahan tahun 2005, Nafis berada di tingkatan empat. Setelah mengharungi ujian penentu kelas, beliau ditempatkan di 4 Farabi bersama sahabat rapatnya, Syafiq. Guru kelas mula memasuki kelas masing-masing. Cikgu Farhan masuk ke kelas 4 Farabi sambil tersenyum lebar. Beliau memang guru yang amat disenangi pelajar kerana mulutnya tak pernah lekang daripada senyuman.

                “Assalamualaikum cikgu!!” rutin biasa yang dilakukan oleh pelajar.
                “Waalaikumussalam. Baik, sebelum duduk, saya nak semua pelajar memperkenalkan diri masing-masing supaya senang sikit saya nak hafal nama awak. Baik, Nafis, mulakan dengan awak,” sahut Cikgu Farhan sambil tersenyum.

Semua mata tertumpu kepada Nafis.

                “Nama saya Muhamad Nafis bin Zainol!!” Nafis bermula dengan semangatnya.
Seorang-seorang pelajar lelaki meperkenalkan diri mereka dan diteruskan dengan pelajar perempuan. Tiba giliran Nur memperkenalkan dirinya.

                “Nama saya Nurul Aishah binti Yahya, cikgu,”

Tanpa sengaja, Nafis memalingkan mukanya ke arah pelajar tersebut. Matanya terpaku seketika. Pandangannya tiba-tiba bertemu dengan pandangan Nur dan masa seakan terhenti seketika. Ketika ini, Iblis Laknatullah memulakan tugasnya. Namun, kedua-dua hamba Allah ini masih kental imannya dan segera menundukkan muka dan lafaz penyesalan, istighfar, segera dilafazkan.

                “Ya Allah, cantiknya Nur,” getus hati Nafis. Syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan ke telinga Nafis. Lamunannya terhenti apabila kawannya memanggil dan kelas bermula seperti biasa.

*             *             *             *             *             *             *            
                Usai solat Zohor dan makan tengah hari, Nafis masuk ke asrama untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawas,meronda setiap bilik bersama rakan pengawas yang lain.

                “Nafis, tunggu kejap, sakit perut la,” laung Mahfuz.
                “Ok, cepat sikit!” balas Nafis.

Sedang Nafis menunggu Mahfuz, terbayang kembali kecantikan Nur di kotak ingatannya. Mengimbau kembali ketika dia masih menengah rendah. Nur hanya pelajar perempuan yang biasa-biasa saja. Hanya memakai tudung paras bahu dan selalu bergaul dengan kawan-kawan lelaki. Tapi perwatakannya tadi sangat berbeza. Bertudung labuh, dan nampak ciri-ciri seorang muslimah. Hatinya rasa terpaut. Tersedar ianya mainan syaitan perasaan itu dibuang jauh-jauh.

*             *             *             *             *             *             *            
                Hari berganti hari, Nafis terasa ingin menghubungi Nur. Mereka bukan tidak pernah berhubung,sudah banyak kali mereka berhubung. Daripada tingkatan tiga lagi, mereka berhubung atas urusan-urusan tertentu. Ketika pulang ke rumah sempena cuti penggal 1,Nafis tekad memulakan langkah.