Powered By Blogger

Sunday 26 February 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 5(akhir)




*             *             *             *             *             *             *             *             *             *             *            

                Setelah tiga bulan bibit percintaan Nafis dan Nur, tiba satu kejadian yang tidak diingini Nafis. Pada suatu hari, setelah Nafis pulang daripada Festival Nasyid Negeri Kedah, Nafis ke kelas untuk mengambil buku dan memeriksa kerja-kerja yang diberi guru-gurunya. Sedang dia mengemas buku-buku dalam laci mejanya, tiba-tiba satu surat terjatuh ke atas lantai. Terdapat juga beberapa barang yang Nafis sangat kenali. Hadiah-hadiah yang diberi kepada Nur. Nafis takut hendak membuka surat itu. Dia mengambil keputusan untuk membukanya sambil menunggu rakan-rakannya di dalam bilik latihan.

Assalamualaikum SAHABATku Nafis,

                Jangan terkejut dengan surat Nur ini. Macam mana pertandingan nasyid tadi? InsyaAllah mendapat kejayaan. Nafis, Nur nak bagi balik semua barang-barang yang Nafis bagi dekat Nur selama kita ‘bercinta’. Boleh Nur mintak sesuatu?? Nur dah tak nak COUPLE. Nur nak kita berkawan sahaja. Tak lebih daripada itu. Sebab Nur mintak macam ni, Nur dah sedar kesalahan kita. Sejak kita COUPLE, hati Nur rasa tak senang. Bila akak dorm Nur tahu, dia suka peril Nur. Nur tahu dia nak tegur Nur dan Nur sedar apa yang dia cakap tu betul. Minggu lepas usrah pasal isu COUPLE kan? Mesti Nafis dah sedar kesalahan kita kan? Nafis, Nur mintak maaf sangat. Nur rasa Nur la punca kita jadi macam ni. Maafkan Nur. Nur mintak jangan bersedih. Kita masih KAWAN. Kalau benar Nafis ada hati dekat Nur, sampai waktunya, masukla meminang. La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Cinta Allah itu lebih kekal daripada cinta sesame insan Nafis.

Wassalamullahialaikum.

                                                                                                                                                                            Nur
               
               
Terduduk Nafis gara-gara surat itu. Terasa panas di pipi. Air mata mengalir laju. Jiwanya tersentap dengan ayat-ayat Nur. Dia sedar dia telah melalaikan Nur. Dia sedar IBLIS berjaya menghasutnya. Tiada lagi perasaan lain melainkan keinsafan dan penyesalan di hati. Hatinya berjaya diketuk juga setelah pelbagai cara yang dilakukan oleh sahabat-sahabatnya.


*             *             *             *             *             *             *             *             *             *             *       
     

                Kelihatan Nafis berteleku di atas sejadah. Pandangannya merenung jauh.  Syafiq duduk di sebelah Nafis. Nafis mengukir senyuman hambar. Terasa bersalah kerana menipu sahabat baiknya itu. Sahabat yang paling disayangi dikhianati. Syafiq membalas senyuman Nafis.

“Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin kali ini Allah nak uji kau dengan kesenangan setelah kesusahan yang kau alami sebelum ini. InsyaAllah, mungkin apa yang kau alami akan dijadikan satu pengalaman yang paling bermakna dalam berdakwah. Semoga Allah permudahkan,” hujah yang ringkas tapi berjaya menyentuh hati Nafis.

“Semoga Allah golongkan kau dalam golongan yang baik Syafiq,”sahut Nafis.

“InsyaAllah kita akan bersama,” Nafis tersenyum.

Di dalam hatinya, Nafis selalu berdoa, agar cinta yang dicari-cari selama ini iaitu cinta Allah dan Rasul-Nya berjaya dihayati dan disemai jauh ke dalam lubuk hatinya, apatah lagi cinta kepada seorang sahabat. Pengajaran yang paling penting Nafis ketahui, BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT. Dia 
berazam akan menggunakan pepatah itu sebagai prinsip dalam hidup.

Wallahualam.



-TAMAT-


-farabi93-




Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah cerpen Berkata Benar Walaupun Pahit telah siap. Penulis dengan ini memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati. Diri ini hanya untuk berkongsi ilmu yang ada. Jika ada kekurangan saya memohon maaf. Buat terakhir kali, saya ingin mengatakan bahawa kadang-kadang manusia sering melakukan kesilapan. Apatah lagi kita sebagai umat Islam. Namun, perkara yang paling penting saya hendak katakan, kita sudah mengakui kewujudan Tuhan Maha Pencipta serta Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil segala larangan dan suruhan-Nya secara kesuluruhannya bukan sekadar juz an(sebahagian). Segala yang baik datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk datang daripada diri saya sendiri.

Wallahualam  ^_^

No comments:

Post a Comment