Powered By Blogger

Monday 9 January 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
                Di sini, diriku hendak menyampaikan satu kisah, melibatkan seorang hamba Allah, yang bersaksi bahawa Dialah Tuhan Yang Satu, dan Muhammad itu Rasul-Nya, yang hatinya sering diisi didikan rohaniah oleh ibu bapanya sejak kecil hingga besar. Sehingga suatu ketika, dirinya telah berjaya dihasut Iblis yang menjalankan tugas rutinnya untuk menghasut anak-anak Adam agar memutar belitkan pengetahuannya untuk melakukan kemungkaran.

                Nafis(bukan nama sebenar) seorang pelajar yang dikenali sebagai seorang pengawas sekolah yang pendiam kerana sifat malunya terhadap orang lain. Beliau sering menyampaikan tazkirah di surau sekolahnya dan menjadi naqib untuk adik-adiknya. Juga dikenali sebagai seorang penasyid yang amat merdu suaranya dan banyak menyertai pertandingan nasyid bersama rakan-rakan seperjuangan. Nur(bukan nama sebenar) seorang wanita yang peramah orangnya. Disenangi guru-guru serta sahabat-sahabat. Mula menampakkan ciri-ciri seorang muslimah apabila meningkat remaja. Juga seorang pengawas yang disegani.

*             *             *             *             *             *             *             *
                Bermula penggal pertama persekolahan tahun 2005, Nafis berada di tingkatan empat. Setelah mengharungi ujian penentu kelas, beliau ditempatkan di 4 Farabi bersama sahabat rapatnya, Syafiq. Guru kelas mula memasuki kelas masing-masing. Cikgu Farhan masuk ke kelas 4 Farabi sambil tersenyum lebar. Beliau memang guru yang amat disenangi pelajar kerana mulutnya tak pernah lekang daripada senyuman.

                “Assalamualaikum cikgu!!” rutin biasa yang dilakukan oleh pelajar.
                “Waalaikumussalam. Baik, sebelum duduk, saya nak semua pelajar memperkenalkan diri masing-masing supaya senang sikit saya nak hafal nama awak. Baik, Nafis, mulakan dengan awak,” sahut Cikgu Farhan sambil tersenyum.

Semua mata tertumpu kepada Nafis.

                “Nama saya Muhamad Nafis bin Zainol!!” Nafis bermula dengan semangatnya.
Seorang-seorang pelajar lelaki meperkenalkan diri mereka dan diteruskan dengan pelajar perempuan. Tiba giliran Nur memperkenalkan dirinya.

                “Nama saya Nurul Aishah binti Yahya, cikgu,”

Tanpa sengaja, Nafis memalingkan mukanya ke arah pelajar tersebut. Matanya terpaku seketika. Pandangannya tiba-tiba bertemu dengan pandangan Nur dan masa seakan terhenti seketika. Ketika ini, Iblis Laknatullah memulakan tugasnya. Namun, kedua-dua hamba Allah ini masih kental imannya dan segera menundukkan muka dan lafaz penyesalan, istighfar, segera dilafazkan.

                “Ya Allah, cantiknya Nur,” getus hati Nafis. Syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan ke telinga Nafis. Lamunannya terhenti apabila kawannya memanggil dan kelas bermula seperti biasa.

*             *             *             *             *             *             *            
                Usai solat Zohor dan makan tengah hari, Nafis masuk ke asrama untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawas,meronda setiap bilik bersama rakan pengawas yang lain.

                “Nafis, tunggu kejap, sakit perut la,” laung Mahfuz.
                “Ok, cepat sikit!” balas Nafis.

Sedang Nafis menunggu Mahfuz, terbayang kembali kecantikan Nur di kotak ingatannya. Mengimbau kembali ketika dia masih menengah rendah. Nur hanya pelajar perempuan yang biasa-biasa saja. Hanya memakai tudung paras bahu dan selalu bergaul dengan kawan-kawan lelaki. Tapi perwatakannya tadi sangat berbeza. Bertudung labuh, dan nampak ciri-ciri seorang muslimah. Hatinya rasa terpaut. Tersedar ianya mainan syaitan perasaan itu dibuang jauh-jauh.

*             *             *             *             *             *             *            
                Hari berganti hari, Nafis terasa ingin menghubungi Nur. Mereka bukan tidak pernah berhubung,sudah banyak kali mereka berhubung. Daripada tingkatan tiga lagi, mereka berhubung atas urusan-urusan tertentu. Ketika pulang ke rumah sempena cuti penggal 1,Nafis tekad memulakan langkah.

3 comments:

  1. tulis sequel ni eh. dh siap gtaw. gud writing :)

    ReplyDelete
  2. macam penah didengari nama-nama watak dalam ni.. apa-apa pun, aku menunngu sambungan cerita ni.. jangan berhenti di tengah jalan pulak, tepi jalan tak pa.. hihi.. :)

    ReplyDelete
  3. wahhh . teruskan teruskan . excited nak tau . watak watak dia pon cam nak TERkenai la pulak . :l

    ReplyDelete