Powered By Blogger

Sunday 17 July 2011

Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Berlalu sudah satu hari didalam bulan Sya'ban tahun hijri yakni Nisfu Sya'ban. Namun, pelbagai persoalan timbul dalam menempuh tarikh ini.. "Mengapa perlu baca Yaasin 3 kali??'" "Boleh x kita puasa selepas hari Nisfu Sya'ban?" Penulis bukanlah seorang yang berilmu tinggi dalam agama.. Tapi penulis belajar agama.. Berdasarkan pengetahuan penulis.. Tidak ada bacaan khusus untuk malam Nisfu Sya'ban... Jadi bidaah la baca yaasiin malam Nisfu Sya'ban?? Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu terutamanya mengamalkan bacaan yaasiin pada malam Nisfu Sya'ban.. Persoalannya bolehkah?? Jawapannya. Boleh... Tapi dengan syarat kita tidak meletakkan bacaan yaasiin itu sebagai kewajipan setiap Nisfu Sya'ban.. Samalah keadaannya bacaan yaasin pada malam Jumaat.. Tidak semestinya kita membaca surah Yaasiin.. Dalam hadis nabi S.A.W juga menyebut kita boleh membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat.. Persoalan kedua pula timbul.. Mengapa ada niat khusus?? Sebenarnya.. doa pada malam Nisfu Sya'ban adalah mustjab.. Kerana itu para ulama' meletakkan niat2 tertentu agar doa kita dimakbulkan Allah S.W.T.. Keduanya.. boleh x puasa selepas Nisfu Sya'ban?? Dalam hadis Rasulullah S.A.W. mafhumnya "Tidak ada puasa selepas hari Nisfu Sya'ban" Jadi xboleh la puasa sunat?? Boleh.. ada syaratnya.. Dalam kitab fekah mazhab Syafie... ada hadis yang menyebut boleh berpuasa selepas Nisfu Sya'ban.. Syaratnya.. individu 2 istiqamah dalam berpuasa sunat & dia berpuasa ganti... Konklusinya di sini... Xsalah kita nak berpuasa selepas Nisfu Sya'ban jika kita sudah terbiasa dengan mengamalkan puasa sunat isnin & khamis atau puasa pada 13,14 dan 15 hb setiap bulan... InsyaAllah.. Jika dipanjangkan umur.. Kita akan memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak yang mana manusia akan berlumba2 dalam mengerjakan kebaikan.. Jadi penulis menyeru kepada pembaca2 sekalian.. Ikhlaskan diri dalam beramal... Berpuasalah seperti mana kita diajar berpuasa.. Mudah untuk menahan lapar.. Tetapi sukar untuk menahan hawa nafsu kita daripada melihat @ mendengar perkara2 maksiat.. Semoga Ramadhan kali ini pernuh bermakna bagi kita dan akan dirindui selepas tibanya Syawal..

Wallahualam..

p/s: hadis2 y penulis kemukakan tidak sama seratus peratus dengan hadis asal.. maaf jika apa yang disampaikan bercanggah dan tegurlah penulis jika apa yang disampaikan salah.. Jazakallahu Khairan Kathira.. (^_^)



No comments:

Post a Comment