Powered By Blogger

Saturday 30 July 2011

Ramadhan kembali lagi!!!!

Bismillahirrahmanirrahim

          Alhamdulillah.. Ramadhan bakal kembali lagi.. Bulan yang penuh berkat.. Bulan dimana manusia berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan.. Bulan tarbiyyah untuk melakukan segala amal soleh yang mampu dibuat.. Tadarus al-Quran, Sunat Tarawih, bersedekah dan sebagainya.. Bercakap mengenai Ramadhan.. Teringat penulis pengalaman berpuasa semasa zaman kanak-kanak.. Berada dalam bilik air.. Curi-curi minum air paip.. (kantoii!!!!) Puasa setengah hari.. Minum air water cooler time solat Jumaat..(xingat time 2 puasa).. Bermacam2 kisah yang bila dikenang membuat penulis tersenyum.. Penulis pasti, setiap individu yang membaca entri penulis mempunyai pengalaman yang sama.. (harap2 la)..


           Kemudian masuk pula ke alam sekolah menengah.. Ditarbiyyah untuk mengerjakan amalan dengan sebaiknya.. Berlumba-lumba bersama rakan untuk menghabiskan satu naskah al-Quran.. Berbuka bersama-sama di surau dan di luar kawasan sekolah.. Menjual makanan kepada pelajar yang lain.. Satu pengalaman yang cukup indah sebagai seorang hamba Allah di muka bumi-Nya..


            Sempena bulan Ramadhan tahun 2011 masihi@1432 hijri.. Penulis ingin mengajak pembaca-pembaca bersama-sama kita menggandakan amalan kita... Kerana kita tidak pasti sama ada kita masih hidup pada tahun akan datang dan dapat menikmati bulan Ramadhan sekali lagi.. Rasulullah S.A.W selalu berdoa maksudnya"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban. Dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan" Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah... Jadi, sama-samalah kita memperingatkan sahabat-sahabat kita yang lain untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh kepada Maha Pencipta... Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah menahan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa yang lain. InsyaAllah.. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan menjadi madrasah tarbiyyah buat kita umat Islam.. Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN MUBARAK!!! (^_^)

Wassalam


No comments:

Post a Comment